BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 16, 2008

Sayangku Bukan Cinta

Sukar untukku mengatur kata,
Hanya puisiku mampu bercerita,
Malam ini, akan ada yang terluka,
Bukan di badan hanya hatinya.

Memang pernah aku meluahkan,
Rasa sayangku selama persahabatan,
Kita anggap yang itulah cinta,
Namun semuanya monyet belaka.

Aku sudah mula tersedar,
Bukan cinta yang sedang mekar,
Hanya sayang yang cukup besar,
Untuk teman setia yang sabar.

Tiada lagi kata yang hendak dicerita,
Mungkin aku bukan orangnya,
Lupakan semua tentang kita,
Maaf, sayangku bukannya cinta.

Saturday, December 13, 2008

Berharga

saat dulu kala,
indah tidak terkata,
kenangan kita waktu bersama,
gelak tawa semuanya berharga.

ingat di waktu masih mentah,
kita gaduh tidak pernah sudah,
namun,tetap kita berbaik juga
dan kenangan itu tetap berharga.

kita sesama memberi semangat,
tekun tanpa mengerti penat,
akhirnya kita semua berjaya,
merasai kejayaan yang berharga.

masa itu tetap berlalu,
namun kita masih bersatu,
kerna kita kawan selamanya,
segala-galanya cukup berharga.

Tuesday, December 2, 2008

Bodoh.Aku Rimas

Bodoh
Aku rimas
Kau mengongkong
Aku terkurung.

Bodoh
Aku rimas
Kau memekik
Aku tercelik

Bodoh
Aku rimas
Kau mengganggu
Aku tersedu

Bodoh
Aku rimas
Kau mengekori
Aku diperhati

Kongkong
Pekik
Ganggu
Ekori
Bodoh
Aku rimas.

Angin Rinduku

Angin menghembus sayu
Katakan rinduku padamu
Angin kirimkanlah padanya
Rinduku yang tidak terhingga
Agar dia tahu ku kesunyian
Tanpanya disisiku
Tiada terukir senyuman dibibir
Bila dia tidak menemani
Tiada tercipta gelak tawa
Bila dia tidak menceria
Oh,angin katakan padanya
Ku sangat perlu dia.


this poem kinda stink.heh.words are "running nowhere".

Bintang Terang


Inginku jadi bintang terang
Agar ku dapat sinari cahaya
Biar dia tahu ku selalu ada
Tidak kira di mana sahaja
Ku ingin temani dia
Setiap saat yang ada
Di situ tika suka dan duka
Walau apa yang melanda
Untuk hanya dia tahu sebenarnya
Ku sentiasa ada.

Semua Berlalu Pergi

" if you start to judge me, you will having no time to love me. "


Bosan.sepi.aku sendiri
Benci aku lagi
Kenapa kau tidak berhenti
Dan cuba untuk menyayangi.

Bingit telingaku mendengar lagi
Mulut itu terus mencaci
Ah,jauhlah kau dari sini
Jika masih mahu menyakiti.

Apakah kau tidak mahu berhenti
Membenci diriku ini
Apakah susah bagimu sendiri
Melepaskan semua berlalu pergi?